Sedap . Segera . Senang
TENTANG KAMI
Latar Belakang
Richness Foods Industry ditubuhkan pada 29 Sept 2015 yang didaftarkan di bawah SSM (002475261-T) dalam kategori Food & Beverage.
Kami berada dalam industri serunding sejak tahun 1976 di mana memasarkan hasil Serunding (iaitu Daging, Ayam dan Ikan) di dalam kawasan kampung dan sekitarnya di Kg. Laut Tumpat Kelantan tetapi menjual secara on dan off mode pada mulanya.
Dengan serunding ianya boleh membantu menambahkan selera. Serunding juga sebagai masakan tradisional Melayu yang boleh dimakan dengan banyak menu seperti nasi panas, bubur, pulut, sushi, roti sebagai sandwich dan sebagainya.
Di Kelantan KG. LAUT TUMPAT boleh dikatakan terkenal dan famous sebagai tempat pengeluar serunding. Biasanya orang yang ingin melancong atau menunaikan Umrah dan Haji akan membawa bekal serunding ini kerana ia tahan lama lebih kurang setahun didalam keadaan suhu bilik tanpa perlu dimasukkan kedalam peti sejuk.
Pada tahun 2000 keluarga saya mula memasarkan produk serunding ini di Pasir Mas, Kuala Krai, Kota Bharu dan luar Kelantan. Pada tahun 2010 kami telah memasarkan produk kami di Lembah Klang, Kuala Lumpur terutamanya pada bulan Ramadhan.
Pada tahun 2016 sehingga kini, di bawah Richness Foods Industry kami memasarkan serunding kami dengan jenama HajiWan Serunding Kg. Laut dan mensasarkan pelanggan kami di seluruh negeri dan dalam masa terdekat di pasaran luar negara, Insya Allah .(Negara ASEAN)
Pada tahun 2020 HajiWan Serunding Kg. Laut telah menembusi 75 Stesen Petronas, 10 Shell Station, 10 Petron Station, 30 Giant Hypermarket, Kios Pusat Beli-belah, Halal & frozen Mart dan Restoran terutamanya di Lembah Klang.
Objektif
Untuk menjadi peneraju atau brand utama didalam industri Serunding dengan menyediakan produk yang berkualiti tinggi, halal dan digemari ramai.
Visi
Syarikat No1 di Malaysia yang pelopor dalam industri makanan mesra travelers dan disukai ramai
Misi
- Pengeluar Serunding pack mesra travelers.
- Menyediakan serunding yang enak dan berkualiti untuk pengemar serunding di Malaysia untuk dibawa kemana-mana.
- Memastikan pengemar-pengemar serunding dapat menikmati serunding yang halal serta enak walaupun jauh diperantauan.
- Memastikan cita rasa orang Malaysia dapat di nikmati walaupun berada dimana sahaja khususnya overseas.