Serunding Kampung Laut Hajiwan

Serunding Kampung Laut HajiWan

Tuan/Puan sudah dapatkan Serunding Kampung Laut HajiWan? Ia adalah satu serunding terbaik di Malaysia yang anda patut cuba sekarang juga tau! Jadi, jom bawa ibu, ayah, kakak, saudara dan kawan-kawan grab serunding ini segera. Rugi kalau tak cuba…

HajiWan Serunding yang bertapak di Kampung Laut, Tumpat, Kelantan ini sememangnya dikenali sebagai pengeluar dan pembekal serunding yang terbaik sejak 2016 lagi. Serunding ni memang wajib ada di setiap rumah dan menjadi hidangan sampingan yang best untuk seisi keluarga. Dah ramai pelanggan yang berpuas hati dengan serunding HajiWan dari Kampung Laut ini tau!

Adakah Tuan/Puan ingin mengetahui dengan lebih lanjut tentang HajiWan Serunding ini? Jika ya, jom teruskan bacaan.

Latar Belakang HajiWan Serunding

Serunding Kampung Laut Hajiwan
Pengusaha HajiWan Serunding

Tahukah anda bahawa jenama HajiWan Serunding diberikan bersempena nama panggilan pengusaha produk serunding ini iaitu, Wan Abdullah Wan Salleh? Juga, lebih mesra dikenali sebagai Haji Wan. Beliau telah menjadi pengeluar dan pembekal serunding terbesar di Malaysia! Selain itu, jenama HajiWan Serunding juga turut digelar sebagai serunding Kampung Laut terbaik di pasaran, kerana lebih dikenali orang ramai.

HajiWan Serunding di bawah kendalian Richness Food Industry dihasilkan di Kampung Laut, Tumpat, Kelantan. Perniagaan serunding ini mendapat sambutan yang meriah daripada orang ramai, sekaligus berupaya kekal relevan sehingga hari ini. Sejak tahun 2000 pula, Serunding Kampung Laut HajiWan telah dipasarkan di sekitar pasar-pasar awam di Kelantan, serta kiosk-kiosk di sekitar Lembah Klang.

Seperti yang kita tahu, serunding merupakan makanan tradisi yang popular di kalangan masyarakat Kelantan. Sejarah kewujudan serunding sememangnya berkait rapat dengan kehidupan masyarakat Melayu Kelantan pada zaman dahulu, yang sering merantau bagi tujuan mencari rezeki dan mengembara. Serundinglah makanan yang dibawa oleh para pengembara, kerana sifatnya yang boleh disimpan lama, mudah dibawa serta mengenyangkan.

Terdapat beberapa jenis serunding yang dikeluarkan oleh HajiWan Serunding, iaitu serunding ikan, serunding daging dan serunding ayam. Para pelanggan boleh memilih jenis serunding yang digemari mengikut citarasa masing-masing. Resipi Serunding HajiWan diwarisi semenjak 1976, resipi asli turun-temurun dari nenenda Haji Wan. Bahan-bahan yang digunakan juga adalah bahan terpilih yang segar, halal, bersih dan tanpa pengawet!

Kini … Serunding tidak lagi eksklusif untuk para musafir sahaja, kerana semua orang pun boleh mendapatkannya. Serunding ini boleh dimakan pada bila-bila masa sahaja, dan cara pemakanan adalah bergantung kepada kreativiti individu itu sendiri. Tuan/Puan boleh makan dengan roti, nasi, laksa atau ratah begitu sahaja pun sedap tau!

Keistimewaan Serunding Kampung Laut Hajiwan

Serunding Kampung Laut HajiWan sememangnya mempunyai banyak keistimewaan dan kelebihan berbanding serunding-serunding lain di luar sana. Tuan/Puan pasti akan berpuas hati dan tidak akan cari yang lain! Antara keistimewaan yang anda perlu tahu ialah:

  1. Rasa asli dan pedas tahap sederhana
    • Serunding HajiWan sangat mengutamakan rasa serunding yang dikeluarkan, serta berusaha sebaiknya dalam mengekalkan keenakan dan keasliannya sejak dahulu lagi. Serunding ini mempunyai rasa pedas yang medium tau! Ia sangat sesuai dinikmati oleh seisi keluarga.
  2. Menggunakan bahan segar
    • Bahan yang digunakan untuk membuat serunding hanyalah daripada bahan yang segar, halal dan berkualiti. Hanya rempah ratus terpilih dan berkualiti tinggi sahaja yang digunakan untuk membuat serunding ini. Hal ini kerana, kualiti bahan adalah penting bagi mendapatkan serunding yang lembut, sedap dan tahan lama.
  3. Tekstur yang lembut
    • HajiWan Serunding berusaha memastikan tekstur serunding yang dikeluarkan adalah lembut dan senang dimakan. Serunding akan dimasak dengan lama bagi memastikan serunding yang dihasilkan benar-benar kering dan halus, bagi mendapatkan tekstur yang lembut dan terbaik.
  4. Serunding boleh dijadikan lauk kering readytoeat
    • Admin HajiWan faham … Pasti ada ibu-ibu busy yang tak sempat nak masak, kan? Jadi, anak-anak boleh terus makan dan tak perlu tunggu lama dengan adanya serunding segera HajiWan ini. Senang sikit kerja ibu-ibu nanti … Anak-anak confirm tak merungut lapar lagi!
  5. Produk tahan lama
    • Tuan/Puan tak perlu risau jika serunding rosak atau berbau, kerana serunding Kampung Laut HajiWan sememangnya berkualiti dan tahan lama! Tidak perlu masuk peti ais dan hanya perlu disimpan di tempat kering pada suhu bilik.
  6. Packaging selamat
    • Pengeluar turut menggunakan botol plastik untuk membungkus serunding agar senang disimpan dan tidak terdedah. Packaging sebegini lebih mudah untuk dimakan dan disimpan berulang kali.

Peluang Jana Pendapatan Bersama Serunding Kampung Laut HajiWan

Admin HajiWan ada berita gembira nak share dengan anda semua! Tuan/Puan wajib rebut peluang ini segera, sebab peluang keemasan begini tidak datang berulang kali tau … Duduk rumah goyang kaki pun boleh buat duit! Mesti semua berminat kan? Jom, Admin HajiWan terangkan caranya.

HajiWan Serunding mahu berkongsi rezeki dengan sesiapa sahaja yang ingin menjana pendapatan dengan menjadi sebahagian daripada kami. Pendaftaran sebagai agent HajiWan Serunding telah dibuka kepada sesiapa yang berminat! Slot adalah terhad dan KHAS untuk yang benar-benar mahu berjaya bersama HajiWan Serunding sahaja.

Kelebihan mendaftar sebagai agent Serunding HajiWan:

  • Produk mudah dijual
  • Harga produk kompetitif dalam pasaran
  • Minimum of quantity (MOQ) rendah sebanyak 24 botol sahaja
  • Bahan bantu pemasaran di online
  • Tunjuk ajar jualan secara online dan offline dari HQ
  • Produk kering yang mudah diposkan kepada pelanggan

Untuk sebarang pertanyaan tentang peluang menjana pendapatan, hubungi Haji Wan sini.

Testimoni HajiWan Serunding

Masih ragu-ragu nak dapatkan produk HajiWan Serunding? Jom dengarkan feedback daripada salah seorang pelanggan Admin HajiWan ni:

Sumber: Youtube

Terliur tak tu? Jika ya, jom segera hubungi HajiWan Serunding di talian 013-330 8552 untuk sebarang pembelian ataupun memborong! Juga, anda boleh layari laman Facebook HajiWan untuk dapatkan maklumat lebih lanjut.

Tuan/Puan juga boleh mencuba merasai kesedapan serunding tester secara PERCUMA di website HajiWan Serunding, sebelum membuat sebarang pembelian. Apa tunggu lagi? Jom dapatkan serunding Kampung Laut HajiWan hari ini juga!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top