Serunding Daging Travel Pack

Serunding Daging Travel Pack | Dapatkan Segera!

Pada musim cuti ini, Tuan/Puan pasti ada rancangan untuk pergi travel dengan kawan-kawan, keluarga atau adik-beradik kan? Tak cukup dengan tu, ada juga yang nak pergi hiking, berkhemah, melancong ke luar negara dan lain-lain. Tapi walau ke mana pun anda pergi, pastikan serunding daging travel pack tak lupa untuk dibawa tau!

Walaupun Tuan/Puan duk excited nak packing barang-barang pergi melancong tu, bekalan makanan jangan dilupakan pula … Kalau berkunjung ke tempat yang sukar nak dapat makanan halal terutamanya, sangat penting untuk Tuan/Puan sediakan makanan sendiri. Waktu-waktu beginilah serunding daging HajiWan dalam bentuk travel pack ni boleh dibawa. Jadi, Tuan/Puan tak perlu risau lagi!

Nak tahu lebih lanjut tentang serunding daging dan ayam dalam bentuk travel pack daripada HajiWan ni? Jom teruskan bacaan.

Kenali HajiWan Serunding

Serunding Daging Travel Pack
Sumber: Facebook HajiWan Serunding

Serunding Kampung Laut ini, seperti namanya, adalah berasal dari Kampung Laut, Tumpat, Kelantan. Kampung Laut sememangnya terkenal sebagai pengeluar serunding terbesar di Malaysia. Bahan yang digunakan dalam serunding juga mengandungi protein tinggi dengan penggunaan daging ayam dan lembu.

Sejak tahun 1976, serunding Kampung Laut ini telah diperkenalkan dan dipasarkan di kawasan kampung, sekitar Kampung Laut. Pada mulanya, Serunding Kampung Laut yang dibuat oleh nenenda Haji Wan ini disediakan apabila ada permintaan daripada pelanggan sahaja.

Kebiasaannya, serunding akan mendapat sambutan hangat pada bulan Ramadhan atau Syawal sahaja pada suatu ketika dahulu. Namun kini, serunding pasti akan dicari walaupun bukan pada musim perayaan.

Apa yang pasti, serunding Kampung Laut daripada HajiWan ini merupakan produk bumiputera yang tiada bahan pengawet dengan kualiti yang terbaik setanding produk luar negara. Bahan yang digunakan juga adalah segar, bersih dan dijamin halal.

Tambahan pula, produk HajiWan ini amat dipercayai kerana telah melepasi beberapa legasi, iaitu sebanyak tiga generasi. Resipi turun-temurun yang terbaik! HajiWan Serunding juga telah berjaya mendapat tempat di hati pelanggan dan kekal relevan sehingga hari ini.

Pada tahun 2020, HajiWan Serunding telah dapat menembusi 75 stesen Petronas, 10 Shell station, 10 Petron station, 30 Giant Hypermarket, kiosk pusat membeli-belah, halal & frozen mart dan restoran-restoran terutamanya di Lembah Klang.

Misi Utama Serunding Kampung Laut HajiWan

Pengeluar Serunding pack mesra travellers.

Menyediakan serunding yang enak dan berkualiti untuk penggemar serunding di Malaysia untuk dibawa ke mana-mana.

Memastikan pengemar-pengemar serunding dapat menikmati serunding yang halal serta enak walaupun jauh di perantauan.

Memastikan cita rasa orang Malaysia dapat dinikmati walaupun berada di mana sahaja khususnya overseas.

Serunding Daging Travel Pack HajiWan

Serunding Daging Travel Pack
Serunding Daging dan Ayam HajiWan dalam bentuk travel pack

HajiWan Serunding ini didatangi dengan 3 jenis serunding enak iaitu serunding daging dan serunding ayam. Para penggemar serunding boleh memilih serunding kesukaan mengikut cita rasa masing-masing.

Admin HajiWan paling suka serunding daging di antara semua yang ada tau! Bila HajiWan keluarkan serunding daging atau ayam dalam bentuk travel pack macam ni, memang mudah sangat sebab boleh dibawa pergi ke mana-mana sahaja.

Serunding daging atau ayam travel pack ini juga dibungkus dalam sachets dengan berat 20 gram tau! Memang kecil dan ringan, jadi boleh bawa pergi travel dan selit dalam beg terus.

Untuk pengetahuan anda, setiap travel pack mengandungi 4 sachets dan boleh dinikmati oleh seluruh ahli keluarga. Dah tak perlu risau kalau nak bawa serunding daging atau ayam HajiWan ni pergi ke mana-mana pun.

HajiWan Serunding sekarang dah ada dalam bentuk travel pack yang memudahkan Tuan/Puan untuk makan dalam kadar segera. Tuan/Puan tak perlu masak atau panaskan serunding pun … Terus ratah dan makan sahaja!

7 Sebab Perlu Bawa HajiWan Serunding Travel Pack Ketika Melancong

Tuan/Puan perlu sedia maklum bahawa ketika melancong sama ada di dalam atau luar negara, pasti ada saja makanan yang tak kena dengan tekak kan? Kadang tu, ada pula yang tidak halal … Jadi, Tuan/Puan kenalah sediakan payung sebelum hujan! Pastikan Tuan/Puan sediakan bekal makanan siap-siap yang mudah dibawa dan tahan lama ketika melancong seperti serunding HajiWan ini.

Serunding Daging Travel Pack
Serunding Daging Travel Pack HajiWan dah dibawa sampai ke London tau!

Baiklah, tips di bawah ini penting dalam mengekalkan perut Tuan/Puan kenyang dan happy semasa melancong nanti. Antara sebab perlu membawa bersama HajiWan Serunding Daging Travel Pack ini pergi melancong adalah:

  1. Tahan lama
    • Jangka hayat HajiWan Serunding ini adalah LEBIH KURANG 12 BULAN dari tarikh ia dihasilkan. Serunding ini perlulah disimpan di dalam bekas kedap udara dan elakkan daripada terdedah kepada cahaya matahari secara langsung.
  2. Packaging selamat
    • Pembungkusan serunding dalam bentuk sachets dengan berat 20gm ini memudahkan pengguna untuk menikmatinya segera! Packaging secara sachets lebih mudah dibawa, ringan dan senang disimpan.
    • Ia sangat sesuai dibawa sebagai bekalan makanan untuk AKTIVITI LUAR seperti memancing, mendaki gunung , perkemahan, dll.
  3. Tinggi sumber protein
    • Serunding daging atau ayam sangat sesuai dibawa melancong untuk membekalkan tenaga, kerana mengandungi sumber protein yang tinggi. Nak travel dari satu tempat ke tempat yang lain pun lebih senang, sebab ia dapat bantu mengenyangkan serta memberi tenaga buat Tuan/Puan.
  4. Rasa yang enak
    • HajiWan Serunding sangat sesuai disajikan kepada semua kerana mengandungi rasa pedas yang sederhana. Tuan/Puan tak perlu susah-susah lagi untuk mencari makanan lain buat anak-anak yang tak makan pedas. Serunding ini sungguh enak dan boleh dimakan dengan apa sahaja oleh seisi keluarga.
  5. Dihasilkan daripada bahan segar
    • Serunding HajiWan ini dihasilkan daripada rempah ratus yang terpilih, bahan mentah yang halal, bersih, segar dan tiada bahan pengawet. Kebersihan pembuatan serunding adalah dijamin bagi memastikan penghasilan serunding yang berkualiti tinggi.
  6. Tekstur lembut
    • Pengusaha juga memastikan proses memasak dijalankan dengan sempurna bagi mendapatkan tekstur serunding yang lembut dan halus. Serunding yang berkualiti dengan rasa yang asli ini hanya dikeluarkan oleh HajiWan Serunding tau!
  7. Ready-to-eat & Tiada pewarna
    • Serunding sudah tidak perlu dimasak atau dipanaskan terlebih dahulu, Tuan/Puan boleh ratah atau terus makan sahaja … Oleh itu, ia sangat sesuai dibawa melancong atau ketika membuat aktiviti luar.
    • Pengeluar juga tidak menggunakan sebarang pewarna tambahan ke dalam serunding.

Testimoni HajiWan Serunding

Masih ragu-ragu nak dapatkan produk HajiWan Serunding? Jom dengarkan feedback daripada salah seorang traveller Admin Hajiwan ni. Happy je bawa bekal serunding pergi travel! Hihi…

Sumber: Youtube

Lebih mudah kan? Jika ya, jom segera hubungi HajiWan Serunding di talian 013-330 8552 untuk sebarang pembelian ataupun memborong! Juga, anda boleh layari laman Facebook HajiWan untuk dapatkan maklumat lebih lanjut.

Tuan/Puan juga boleh mencuba merasai kesedapan serunding tester secara PERCUMA di website HajiWan Serunding, sebelum membuat sebarang pembelian. Apa tunggu lagi? Jom dapatkan serunding daging travel pack hari ini juga!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top