SERUNDING RAMADHAN KAREEM
Serunding HajiWan: Stok Wajib Bulan Ramadhan untuk Bersahur!
Bulan Ramadhan bakal tiba! Ini masa yang paling dinanti-nantikan oleh umat Islam untuk berpuasa dan menambah amalan kebaikan. Dalam kesibukan bangun sahur, kadang-kadang kita terlajak tidur atau terlewat bangun hingga menghampiri waktu imsak. Jangan risau, Serunding HajiWan … Insya Allah boleh jadi penyelamat!
Kenapa Perlu Stok Serunding HajiWan untuk Sahur?
1. Mudah & Cepat – Ready To Eat (RTD)
Bila bangun lambat, masa untuk sediakan sahur jadi terhad. Dengan serunding, tak perlu risau nak masak lauk. Hanya cedok dan makan bersama nasi panas atau roti, dah siap hidangan sahur yang sihat dan mengenyangkan.
- Tahan Lama & Tak Perlu Simpan Dalam Peti Sejuk
Serunding adalah lauk kering yang boleh disimpan lama tanpa perlu masuk dalam peti sejuk. Ini memang sesuai untuk mereka yang tinggal di asrama, bujang atau sesiapa saja yang nak penyelesaian mudah waktu sahur. Bila ada stok serunding di rumah, tak perlu risau tentang lauk waktu sahur atau berbuka.
- Sumber Protein & Tenaga
Serunding diperbuat daripada daging, ayam, ikan dan malah yang rare – serunding kambing! Ini bermakna, ia bukan sahaja sedap tetapi juga memberi tenaga yang cukup untuk berpuasa sepanjang hari. Protein dalam serunding membantu mengekalkan tenaga supaya badan tidak cepat letih.
- Elak Terlepas Sahur & Dapat Pahala
Jika terlewat bangun dan azan Subuh hampir berkumandang, serunding boleh terus dimakan dengan nasi atau roti tanpa perlu memasak. Pahala sahur pun dapat, tenaga pun cukup untuk berpuasa! Ini menjadikan serunding sebagai lauk penyelamat terutama untuk orang yang sibuk atau selalu bangun lewat.
- Sesuai untuk Mereka yang Travel di Bulan Ramadhan
Kalau ada urusan kerja atau balik kampung sepanjang Ramadhan, Serunding HajiWan wajib ada dalam beg. Makanan tahan lama dan ringan ini boleh jadi penyelamat waktu berbuka atau sahur di perjalanan. Tak perlu risau nak cari makanan di tempat asing, hanya buka pek serunding dan nikmati bersama roti atau nasi segera.
Hidangan Sahur Ringkas dengan Serunding HajiWan
Nak variasi dalam menu sahur? Serunding HajiWan boleh dipadankan dengan pelbagai makanan segera yang mudah dan sedap:
· Nasi Panas + Serunding Daging/Ayam – Hidangan klasik yang mengenyangkan.
· Roti Gardenia + Serunding Daging/ Ayam/ Ikan – Buat DIY sandwich yang simple dan lazat.
· Pulut + Serunding Ayam – Kombinasi tradisional yang sedap dan mengenyangkan.
· Roti Canai Segera + Serunding Daging – Senang dan padu untuk hidangan sahur.
· Bubur Nasi + Serunding Daging/ Ayam/Ikan – Pilihan lembut dan ringan untuk sahur.
· Wrap Serunding – Gunakan tortilla wrap dan letak serunding sebagai inti, senang dibawa ke mana-mana.
Stok Serunding Wajib Ada di Rumah
Dalam bulan puasa, serunding adalah salah satu makanan yang wajib ada di meja makan. Bukan sahaja untuk sahur, tapi juga boleh dijadikan hidangan berbuka puasa yang sedap. Serunding juga sesuai dijadikan lauk tambahan untuk juadah berbuka yang ringkas tetapi penuh rasa.
Selain itu, serunding juga boleh dijadikan stok untuk Hari Raya Aidilfitri. Ramai yang menyediakan ketupat, lemang dan nasi himpit sebagai juadah hari raya, dan serunding adalah pelengkap terbaik untuk hidangan tersebut! Tambahan pula, ia tahan lama dan boleh disimpan untuk digunakan selepas raya.
Jadi, jangan lupa stok Serunding HajiWan untuk Ramadhan kali ini. Nak mudah, nak cepat, nak jimat masa – serunding HajiWan lah jawapannya!
Tempah sekarang di https://hajiwanserunding.com/store
sebelum stok habis!