Serunding Daging Tahan Lama

Serunding Daging Tahan Lama | HajiWan

Tuan/Puan masih mencari serunding daging tahan lama? Atau, Tuan/Puan mahu jadikan serunding daging sebagai stok simpanan di rumah, tetapi tidak tahu jenama serunding yang boleh tahan lama? Jangan risau … Serunding HajiWan ada penyelesaiannya!

Betul ke Serunding Daging HajiWan Tahan Lama?

Serunding Daging Tahan Lama

Semestinya betul, bahawa serunding daging HajiWan ini sememangnya tahan lama! Tuan/Puan tidak perlu risau untuk menjadikan serunding HajiWan ini sebagai stok simpanan di rumah, ataupun untuk dibawa melancong.

Tuan/Puan juga mesti tertanya-tanya, berapa lama serunding HajiWan ini boleh tahan kan? Selain itu, apa sebenarnya kelebihan memilih serunding HajiWan ini? Mari, Admin HajiWan kongsikan kepada Tuan/Puan.

Jangka hayat serunding HajiWan adalah LEBIH KURANG 9 BULAN hingga 12 BULAN. Senanglah untuk orang yang selalu melancong untuk makan kat negara orang. Simpan lama pun tak rosak. Kalau ada ahli keluarga kita yang menetap di luar negara pun boleh bekalkan untuk mereka. Masa rindu dengan makanan Malaysia, masak nasi, goreng telur dah boleh makan dengan Serunding HajiWan. Terus jadi selera Malaysia!

Serunding Kampung Laut HajiWan ni adalah ramuan turun temurun dari Kampung Laut, Tumpat Kelantan.

Ramai pelanggan sukakan rasa Serundung HajiWan yang enak, texture yang lembut dan sederhana pedas. Bagi yang tak tahan pedas, jenama ini memang pilihan! Mak beli sebotol boleh makan sekeluarga dengan anak-anak.

Serunding HajiWan ni datang dalam BOTOL dan MUDAH untuk dihidang atau disimpan. Jadi serangga susah nak masuk.

Bagi ibubapa yang ada anak yang di asrama, kolej dan universiti – boleh makan dengan roti bila lapar masa siapkan assignment tu. Jimat masa dan bernutrisi daripada makan junk food.

Ibu berpantang selepas bersalin pun boleh ambil Serunding HajiWan makan dengan bubur atau roti. Ianya untuk menambah selera dan membekalkan tenaga, kerana sumber proteinnya yang tinggi.

Serunding Daging Tahan Lama Yang Sesuai Untuk Dibawa Melancong

Selepas hampir 2 tahun terkurung kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan pandemik COVID-19, akhirnya Tuan/Puan boleh melancong semula, sama ada di dalam, mahupun di luar negara.

Tuan/Puan sudah merancang mahu bercuti di luar negara, tetapi risau untuk mencari makanan halal di tempat tersebut? Mahu bawa makanan sendiri, tetapi tidak tahu makanan apa yang mudah untuk dibawa dan dimakan semasa bercuti nanti?

Sekali lagi … Admin HajiWan ada penyelesaiannya!

Serunding daging HajiWan ini sangat sesuai untuk dibawa melancong. Tuan/Puan tidak perlu risau atau pening-pening lagi mahu bawa makanan apa dari Malaysia, ke negara tersebut tau! Bawa sahaja serunding daging tahan lama HajiWan. Confirm senang dan mudah!

Serunding Daging Tahan Lama

Kenapa serunding daging HajiWan ini sesuai dibawa melancong? Antara sebab-sebabnya ialah:

1. Ia menawarkan Pek Pelancongan (Travel Pack) untuk memudahkan Tuan/Puan bergerak ke mana sahaja. Dalam pek pelancongan ini terdapat 4 bungkus serunding HajiWan, seberat 20 gram. Pek pelancogan ini mudah untuk Tuan/Puan simpan di dalam beg ataupun bagasi.

2. Bagi Tuan/Puan yang tidak mahukan pek pelancongan, serunding dalam botol juga sesuai dibawa melancong tau! Serunding daging ini dibotolkan dengan berat 200 gram, supaya mudah dibawa ke mana-mana, mudah dihidangkan dan mudah untuk disimpan kembali.

3. Serunding HajiWan juga sesuai dimakan oleh pelbagai peringkat umur, bermula daripada kanak-kanak, hingga ke dewasa, dek kerana rasa pedasnya yang medium dan teksturnya yang lembut.

4. Tuan/Puan sudah penat berjalan nanti, mesti lapar kan? Lapar tetapi tiada selera … Oleh itu, serunding daging HajiWan ini bolehlah dimakan dengan pelbagai menu masakan sebagai PEMBUKA SELARA, mengikut cita rasa Tuan/Puan. Seperti contoh: Sandwich, bubur nasi, nasi panas, mi segera dan lain-lain.

Testimoni Serunding HajiWan

Agak-agaknya, apa kata mereka tentang serunding daging tahan lama HajiWan ini? Jom kita tonton video di bawah:

Sumber: YouTube HajiWan Serunding

Cara Ringkas Masak Serunding HajiWan

Terliur tak tu? Jika ya, jom segera hubungi HajiWan Serunding di talian 013-330 8552 untuk sebarang pembelian ataupun memborong! Juga, anda boleh layari laman Facebook HajiWan untuk dapatkan maklumat lebih lanjut.

Tuan/Puan juga boleh mencuba merasai kesedapan serunding tester secara PERCUMA di website HajiWan Serunding, sebelum membuat sebarang pembelian. Apa tunggu lagi? Jom dapatkan serunding daging HajiWan hari ini juga!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top