SERUNDING MAKANAN TRADISI MELAYU

SERUNDING MAKANAN TRADISI MELAYU

Serunding merupakan makanan tradisi yang popular di kalangan masyarakat Kelantan.

Penciptaan Serunding berkait rapat dengan kehidupan masyarakat Melayu Kelantan di zaman dahulu yang sering merantau bagi tujuan mencari rezeki (berniaga) dan mengembara bagi menyempurnakan sesuatu tugasan seperti menunaikan fardu haji. Serundinglah makanan yang di bekalkan oleh mereka kerana sifatnya yang boleh disimpan dengan lama, mudah dibawa serta mengenyangkan terutama dimakan dengan nasi. Dahulunya, pergi haji memakan masa sehingga tiga (3) bulan iaitu sebulan setengah di atas kapal (pergi dan balik) serta sebulan setengah di Tanah Suci. Serunding amat sesuai di bawa untuk tempoh yang lama dimana tahannya @ expirynya lebih kurang setahun.

Serunding sesuai dimakan begitu sahaja atau dijadikan lauk bersama dengan menu pilihan seperti Roti (Sandwich), Pulut, Bubur Nasi, Lemang, Sushi dll. Boleh juga dijadikan inti isian seperti Karipap, Mini Samosa, Popia Simpul, Piza dll mengikut kesukaan.

Resepi HajiWan Serunding ini merupakan resepi turun temurun dari nenek kami semenjak tahun 1976. Cuma pada tahun 70an sehingga 90an serunding dibuat bila ada permitaan sahaja. Namun mulai tahun 2000 kami telah memasarkannya di sekitar pasar- pasar awam di Kelantan dan kios-kios di sekitar Lembah Klang ( terutamanya pada bulan Ramadhan dan Syawal).

 

Kini serunding tidak lagi esklusif untuk para musafir @ travellers, sesiapapun boleh mendapatkannya, ia boleh dimakan bila-bila masa dan cara pemakanan bergantung kepada kreativiti individu untuk menikmatinya.

Serunding juga disyorkan sentiasa dijadikan stock dirumah dan sentiasa ada diatas meja makan. Dengan serunding ianya boleh menambah selera makan seisi keluarga.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top