Kenapa Serunding Kampung Laut Tersohor Di Kelantan
Nak tahu tak Kenapa Serunding Kampung Laut Tersohor Di Kelantan?
Sebelum Haji Wan menceritakan mengenai kenapa Serunding Kampung Laut tersohor dikelantan , mari kita tengok apakah yang dimaksud dengan Serunding. Mengikut Wikipedia, Serunding, serondeng atau serundeng merupakan sejenis masakan yang dibuat dengan rempah dan dimasak sehingga kering, dan kadangkala berminyak (terutama serunding daging) agar tahan lama. Ia dimasak dan dikacau tanpa henti hingga betul-betul kering kerana dengan cara itu saja ia akan tahan lama.
Sejarah Penciptaan Serunding Kampung Laut
Bilakah tarikh atau tahun penciptaan Serunding Kampung Laut adalah tidak diketahui umum.
Keadaan Pertama, Orang tua- tua dahulu memikirkan macam mana caranya hendak menyimpan daging supaya tahan lama untuk dijadikan simpanan lauk, dimana masa dahulu tiada kemudahan peti ais. Maka tercetuslah idea mengoreng daging yang dicampurkan dengan santan, bawang, lada dan rempah sehingga kering, dengan cuba dan sesuaikan kandungan bahan- bahan sehingga menghasilkan rasa yang enak, itulah yang dinamakan Sambal Daging atau Serunding Daging. Menjadi kebiasaanya serunding ini dijadikan lauk sebagai penyedap selera bila dimakan bersama nasi dan ketupat bagi mengenyangkan.
Namun begitu setahu Haji Wan keadaan kedua ialah bila orang- orang tua yang hendak pergi menunaikan ibadah Haji. Orang tua-tua dahulu pergi haji menaiki kapal laut ke Mekah. Sudah tentu memakan masa yang lama iaitu lebih kurang 3 bulan ( Dimana pelayaran ke Mekah memakan masa lebih kurang 8 hari dan 8 hari balik). Maka salah satu bekalan yang wajib dibawa bersama ialah serunding selain daripada beras , ianya mudah, sedia dimakan dengan nasi dan menyelerakan. Sifat Serunding ni ianya boleh tahan selama setahun terutamanya serunding daging. Antara serunding lain yang dihasilkan juga ialah serunding Ayam dan Ikan sebagai pilihan.
Keadaan ketiga, orang tua- tua Kampung Laut dahulu suka mengembara ke negeri lain dari Kelantan untuk mencari rezeki. Contohnya pergi ke Kedah, Ke Kuala Lumpur, ke Johor untuk berdagang kain. Sebagai contoh kain batek, kain songket, kain pelikat dan barang- barang kemas. Maka salah satu bekalan yang dibawa bersama ialah Serunding sebagai lauk kering dimakan dengan nasi panas yang memudahkan dan mengenyangkan pengembara.
Maka inilah sebab utama penciptaan Serunding Kampung Laut dihasilkan untuk memenuhi keadaan penyimpanan bekalan daging yang dah siap masak dan keadaan keluarga sebagai pengembara, baik untuk mengerjakan ibadah haji ataupun bagi tujuan mencari rezeki diluar negeri Kelantan.
Bagaimana Penduduk mengetahui cara pembuatan Serunding Kampung Laut ni.
Jadi kebanyakan orang- orang tua khususnya ibu-ibu mengetahui resepi untuk menghasilkan Serunding Kampung Laut dan resepi ini dan diajar kepada anak- cucu, menjadi resepi turun- temurun. Oleh yang demikian ramailah orang- orang kampung mengetahui macamana hendak menghasilkannya.
Lama kelamaan , mana yang berminat untuk berniaga mula menghasilkannya sebagai sumber pendapatan keluarga. Disebabkan permintaan yang tinggi terutamanya dibulan Ramadhan dan bulan Haji, maka ramailah yang mengambil peluang sebagai sumber mata pencarian dan ianya berterusan dari tahun ke tahun.
Dahulu kebanyakan orang kampung memasak serunding menggunakan kaya api dan mengoreng secara tradisonal atau manual, tapi sekarang kebanyakan Pengusaha Serunding mengunakan dapur gas dan mengoreng menggunakan mesin mengoreng semi auto. Untuk menghasilkan serunding ianya mengambil masa yang lama, bermula daripada merebus daging, mencarik-carik daging dan mengorengkannya. Boleh dikatakan 9 hingga ke 10 jam juga baru dapat siapkan satu kawah serunding.
Klik Link di bawah ni untuk melihat cara membuat Serunding.
Jadi tidak ketinggalanlah juga lah keluarga Haji Wan turut terlibat didalam industri pembuatan Serunding iaitu resepi turun temurun semenjak 1976 lagi. ( Brand HajiWan ni sudah didaftarkan sebagai Trademark semenjak tahun 2019). Diantara seseorang pengusaha dengan pengusaha yang lain sudah tentu rasa serunding ada sedikit sebanyak perbezaannya dan tidak terkecuali juga bagi HajiWan yang menggunakan resepi rahsia dari nenek kami.
Brand HajiWan Serunding Kampung Laut
Disebabkan ramai penglibatan penduduk yang menghasilkannya maka Kampung Laut dibawah Jajahan Tumpat Kelantan telah tersohor dengan industri kampung iaitu Serunding Kampung Laut. Malah dikatakan juga Serunding Kampung Laut ini, terkenal diseluruh Malaysia disebabkan rasanya yang enak , sesuai dimakan dengan pelbagai menu pilihan dan disukai ramai.