ASAL USUL DAN SEJARAH SERUNDING

Serundengserondeng atau serunding merupakan sejenis masakan yang dibuat dengan rempah dan dimasak sehingga kering, dan kadangkala berminyak (terutama serunding daging) agar tahan lama. Ia dimasak dan dikacau tanpa henti hingga betul-betul kering kerana dengan cara itu saja ia akan tahan lama.

Terdapat dua jenis makanan yang wujud seluruh Nusantara beramuan berbeza namun dikenalpasti bernama “serunding” ini:

  • Di Malaysia – istilah serondeng merujuk kepada makanan kering berasaskan daging baik ayam, lembu atau sebagainya bersama kelapa parut; Indonesia lebih mengenalnya dengan nama “abon”. Kepulauan Riau turut merujuk nama sedemikian untuk bahan sama.
  • Di Indonesia, serundeng lebih merujuk kepada kelapa parut yang digoreng tohor dengan banyak rempah ratus.

Antara serunding yang biasa adalah Serunding Daging, Ayam, Ikan, Udang dan Ikan Bilis. Ia adalah hidangan yang lazim pada Hari Raya Puasa dan Hari Raya Haji. Masyarakat Melayu selalu membuat serunding terutama apabila banyak daging korban (Hari Raya Haji). Serunding boleh dimakan dengan nasi himpit, ketupat nasi, ketupat daun palas, lemang dan lain-lain.

Serunding berasal dari Negeri Kelantan Darul Naim dan banyak diusahakan secara tradisional di Kampung Laut, Jajahan Tumpat, Kelantan. Kini Kampung Laut menjadi pusat pembuatan serunding yang terbesar di Malaysia.

Untuk mendapatkan Serunding HajiWan boleh klik Whatsapp kami di sini atau beli di kedai online kami.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top