Serunding Segar Kampung Laut

Serunding Segar Kampung Laut – Pembantu Ibu-ibu

“Alhamdulillah, Syawal sudah pun berlalu pergi.” “Lega rasa, tidak perlu lagi kalut nak memasak untuk tetamu.” “Tetapi, Raya Haji pula akan menjelang tidak lama lagi…” “Alamak, nak masak apa pula kali ini!” Ish, ish, ish … Banyak betul yang bermain di fikiran tu kan? Tapi, jangan risau dahulu sebab Serunding segar Kampung Laut kan ada? Anda boleh dapatkannya daripada HajiWan Serunding!

HajiWan Serunding merupakan pembekal bagi serunding segar yang boleh didapati di Kampung Laut, Tumpat, Kelantan. Pengasas serunding ini iaitu Wan Abdullah Wan Salleh, atau lebih senang dipanggil Haji Wan, telah menggunakan hanya bahan-bahan segar dalam masakannya. HajiWan Serunding juga telah berjaya mendapat tempat di hati pelanggan sehingga kini, dengan berbekalkan ramuan turun-temurun sejak 1976.

Serunding ini boleh dijadikan juadah pada bila-bila masa sahaja. Sangat sesuai buat ibu-ibu yang sibuk dengan kerjaya, terutamanya ketika ingin menyediakan juadah di pagi Raya Haji nanti. Kenapa sesuai untuk mereka? Kalau anda ingin ketahui sebabnya, jom ikuti tips menyambut Raya Haji supaya tidak kalut ini bersama Admin HajiWan.

Kenapa Perlu Pilih HajiWan Serunding?

Serunding Kampung Laut HajiWan ini didatangi dalam tiga jenis perisa, iaitu ayam, daging dan ikan. Ketiga-tiga perisa ini dikategorikan sebagai sumber nutrisi yang tinggi protein.

Bahan-bahan mentah yang digunakan untuk membuat serunding juga adalah segar, halal dan tanpa pengawet. Bahan yang segar inilah yang menjadikan serunding Kampung Laut daripada HajiWan ini rasa segar, mempunyai tekstur yang lembut, sekaligus melahirkan rasa yang asli.

Tambahan pula, protein merupakan sumber makanan yang mengenyangkan. Jadi, ia sangat sesuai diambil dan dijadikan hidangan sama ada sarapan, makan tengah hari atau makan malam.

Selain itu, kualiti serunding segar Kampung Laut HajiWan ini juga adalah yang paling terbaik kerana daya tahannya yang lama! Tuan dan Puan boleh simpan serunding yang dibeli untuk jangka masa panjang. Dah tak perlu risau serunding rosak atau tak sedap lagi lepas ni…

Ramuan yang digunakan untuk menghasilkan serunding ini juga adalah istimewa, kerana sejarah ramuannya yang sudah wujud ejak tahun 1976 lagi. Admin HajiWan yakin, anda pasti akan berpuas hati dengan rasa serunding ini. Memang lain daripada yang lain tau!

Jenis-Jenis Serunding Segar Kampung Laut Daripada HajiWan

Kalau asyik makan serunding yang sama saja pun, mesti bosan kan? Tapi … Tuan dan Puan pasti tak akan jemu dengan HajiWan Serunding, kerana terdapat pelbagai jenis serunding yang telah dikeluarkan dan dipasarkan. Anda boleh mencuba pelbagai jenis serunding seperti:

  • ‘Serama Kok-kok’ – Chicken Floss
    1. Serunding Ayam HajiWan memberikan rasa yang asli dan digemari setiap lapisan umur. Rasa pedas yang sederhana pasti dapat dinikmati oleh semua, terutamanya kanak-kanak yang menggemari ayam.
Serunding Segar Kampung Laut | HajiWan
Sumber: Facebook HajiWan Serunding
  • ‘Daging Kay-kay’ – Meat Floss
    1. Untuk para penggemar daging, Tuan dan Puan wajib cuba serunding daging HajiWan ini. Serunding daging yang lembut dan enak ini pasti menjadi pembuka selera hidangan anda dan keluarga! HajiWan Serunding sememangnya menjadi pilihan ramai tau…
Sumber: Facebook HajiWan Serunding
  • ‘Tuna Blup-Blup’
    1. Serunding Ikan HajiWan pula menggunakan ikan yang segar bagi memastikan kualiti dan rasa yang mantap! Ramuan turun-temurun yang digunakan juga akan menjadikan serunding ikan ini lebih sedap dan membangkitkan selera.
Serunding Segar Kampung Laut | HajiWan
Sumber: Facebook HajiWan Serunding

Untuk tahu lebih lanjut, anda boleh layari laman HajiWan Serunding. Klik sini.

Serunding Segar Kampung Laut Sebagai Instant Menu di Rumah

Setiap hari dirumah menguruskan makanan anak-anak dan keluarga pasti bukan mudah untuk ibu. Bermula dari makan pagi, makan tengahari sampailah ke makan malam. Kalau ada Serunding HajiWan atas meja makan, bolehlah anak-anak makan dengan roti sebelum pergi ke sekolah. Serunding HajiWan pun tak pedas sangat.

Serunding HajiWan tinggi Protein untuk Anak!

Bagi anak-anak yang sedang membesar, protein sangat penting untuk tumbesarannya. Bila anak-anak makan Serunding HajiWan, ibu tak risau sebab anak makan makanan bernutrisi. Bila nutrisi cukup barulah minda mereka dapat berfungsi dengan baik. Belum lagi dengan aktiviti petang di sekolah, memang anak-anak kita perlukan makanan yang berkhasiat!

Untuk hari yang ibu lambat pulang ke rumah, boleh lah anak-anak makan Serunding HajiWan ni dengan nasi atau roti. Ibu tak risau anak tak ada makanan dah.

Tak risau dah anak nak makan apa kat rumah – ibu.

Serunding Segar Kampung Laut | HajiWan
Sumber: Instagram HajiWan Serunding

Ini antara idea hidangan yang boleh dibuat dengan Serunding Kampung Laut HajiWan:

  • Nasi impit dengan serunding
  • Lontong bersama serunding
  • Ketupat cicah serunding
  • Nasi berlauk dan serunding
  • Laksa dengan serunding
  • Bubur bersama serunding

Testimoni HajiWan Serunding

Masih ragu-ragu nak dapatkan produk HajiWan Serunding? Jom dengarkan feedback daripada salah seorang pelanggan Admin Hajiwan ni. Mesti anda semua kenal punyalah!

Sumber: Youtube

Terliur tak tu? Jika ya, jom segera hubungi HajiWan Serunding di talian 013-330 8552 untuk sebarang pembelian ataupun memborong! Juga, anda boleh layari laman Facebook HajiWan untuk dapatkan maklumat lebih lanjut.

Tuan/Puan juga boleh mencuba merasai kesedapan serunding tester secara PERCUMA di website HajiWan Serunding, sebelum membuat sebarang pembelian. Apa tunggu lagi? Jom dapatkan serunding ayam Kampung Laut HajiWan hari ini juga!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top