Tuan/Puan peminat serunding ayam? Pernah cuba serunding ayam jenama lain, tetapi tidak menepati cita rasa? Jangan risau, sebab serunding ayam Kampung Laut oleh HajiWan Serunding pasti menepati cita rasa anda. Sekali rasa, mesti nak lagi!
Nak tahu lebih lanjut? Teruskan membaca perkongsian ini!
Pengasas Serunding Ayam Kampung Laut
Wan Abdullah Wan Salleh, atau lebih dikenali sebagai Haji Wan merupakan pengasas kepada Richness Foods Industry yang ditubuhkan pada 29 September 2015, sejak tahun 2006 sehinggalah sekarang.
Kini, HajiWan Serunding Kampung Laut berjaya menembusi 75 stesen Petronas, 10 stesen Shell, 10 stesen Petron, 30 Giant Hypermarket, kiosk pusat beli-belah, halal & frozen mart dan juga di restoran-restoran, terutamanya di Lembah Klang.
Keistimewaan Serunding Ayam Kampung Laut
Tuan/Puan mesti nak tahu apa keistimewaan serunding ayam Kampung Laut HajiWan ni kan? Mari, Admin HajiWan kongsikan keistimewaan serunding ayam kepada anda.
Diperbuat daripada rempah ratus yang berkualiti tinggi, bahan-bahan yang HALAL, KEBERSIHAN TERJAMIN serta TIADA bahan PENGAWET digunakan. Bila kita menjadi ibu ni, kita mesti particular tentang pilihan makanan anak-anak kita. Bukan sahaja dari sumber yang halal tapi dari segi pembuatan dan penghasilan juga. Serunding HajiWan dihasilkan oleh orang kita yang mementingkan kebersihan dan kesucian makanan yang masuk ke dalam mulut ahli keluarga kita.
Serunding HajiWan tidak dimasukkan pewarna.
Serunding HajiWan ni tak dimasukkan pewarna. Jadi ianya adalah warna asli makanan dan SELAMAT untuk anak-anak kita makan. Terutama uintuk anak-anak yang masih kecil. Terlalu banyak bahan pewarna tak elok untuk anak-anak yang sedang membesar.
Anak saya ni jenis tak makan nasi. Tapi bila saya gaul serunding ikan HajiWan dengan nasi panas, berselera dia makan! Legalah hati saya.
Puan Raja, seorang ibu
Memang ramai anak-anak suka serunding Hajiwan sebab rasanya yang enak, texture yang lembut dan sederhana pedas.
Ibu jangan risau takut serunding HajiWan rosak dalam simpanan sebab jangka hayat LEBIH KURANG 9 BULAN ke 12 BULAN.
Serunding HajiWan Sebagai Bekal di Asrama/Universiti
Serunding HajiWan menjadi pilihan ibubapa untuk dibekalkan kepada sanak-saudara atau anak-anak yang berada di asrama, kolej dan universiti. Anak-anak yang di asrama ni banyak aktiviti dari pagi sampailah ke malam. Selalunya mereka dah makanan disediakan di asrama. Tapi lepas prep malam tu biasanya mesti lapar semula. Jadi kalau ibu bekalkan serunding HajiWan ni bolehlah anak-anak kita makan dengan roti buat lapik perut.
Waktu pagi pun serunding HajiWan boleh jadi sumber energi untuk anak.
5 Jenis Menu Makanan Yang Sesuai Dimakan Bersama Serunding Ayam Kampung Laut
Admin HajiWan akan kongsikan dengan Tuan/Puan 5 jenis menu makanan yang boleh dimakan bersama serunding ayam ini.
1. Dimakan Dengan Lontong/Nasi Ambeng
Jika Tuan/Puan makan lontong atau nasi ambeng, taburkan serunding di atasnya untuk mendapatkan gabungan dan rasa yang mantap.
2. Dimakan Dengan Nasi Bujang
Admin HajiWan tahu, pelajar-pelajar universiti atau kolej selalu makan nasi bujang untuk berjimat, kan? Oleh itu, untuk menambahkan lauk di nasi bujang tu, bolehlah taburkan serunding HajiWan ni. Menu yang ringkas, sedap, jimat, tetapi mengenyangkan.
3. Dimakan Dengan Pulut
Selain makan pulut dengan rendang dan ikan masin, serunding juga sesuai dimakan bersama pulut. Dapatkan pulut kuning, kemudian cicah sahaja dengan serunding. Sedapnya!
4. Dimakan Dengan Bubur Nasi Sebagai Menu Sihat
Bagi Tuan/Puan yang sukakan menu sihat, gabungan bubur dan serunding merupakan satu idea gabungan menu yang sihat, tetapi menyelerakan untuk anda! Dapatkan nasi bubur dan taburkan serunding HajiWan. Berselera sungguh apabila makan nanti…
5. Do It Yourself (DIY) Sandwich
Ibu-ibu yang pening nak sediakan sarapan untuk anak, atau tiada idea untuk menyediakan menu berkelah tu, memang sesuai sangat untuk buat do it yourself (DIY) Sandwich ni. Dapatkan roti, sapukan butter dan taburkan serunding. Siap untuk dimakan!
Testimoni Serunding HajiWan
Agak-agaknya, apa kata mereka tentang serunding Kampung Laut HajiWan?
Terliur tak tu? Jika ya, jom segera hubungi HajiWan Serunding di talian 013-330 8552 untuk sebarang pembelian ataupun memborong! Juga, anda boleh layari laman Facebook HajiWan untuk dapatkan maklumat lebih lanjut.
Tuan/Puan juga boleh mencuba merasai kesedapan serunding tester secara PERCUMA di website HajiWan Serunding, sebelum membuat sebarang pembelian. Apa tunggu lagi? Jom dapatkan serunding ayam Kampung Laut HajiWan hari ini juga!