Serunding Daging Paling Sedap

Serunding Daging Paling Sedap | Jom Cuba!

Ada sesiapa di sini yang suka makan serunding? Sedang mencari serunding daging paling sedap di Malaysia? Atau masih ada yang belum cuba makan serunding? Fuh, sungguh ruginya diri jika begitu … Makanan sesedap ini takkan belum cuba lagi?!

Hari ini Admin Hajiwan nak cerita tentang satu serunding yang paling sedap di Malaysia. Pastikan Tuan/Puan baca perkongsian ini untuk ketahui maklumat lanjut. Jom, teruskan bacaan!

Apa itu Serunding Daging?

Serunding Daging Paling Sedap
Sumber: Facebook HajiWan Serunding

Serunding ialah sejenis makanan kering yang diperbuat daripada daging lembu dan dimasak bersama rempah ratus. Tekstur serunding daging kebiasaannya halus, lembut dan kering. Rasanya yang berlemak, manis, masin, pedas dan berempah itulah yang berjaya memikat selera masyarakat Melayu, sejak dahulu lagi.

Serunding daging boleh dimakan bersama pelbagai jenis makanan atau dijadikan lauk tambahan. Pelbagai hidangan juga akan menjadi lebih sedap apabila dimakan bersama serunding seperti ketupat, lemang, nasi impit, bubur, nasi putih, pulut kuning dan lain-lain. Malahan, serunding juga boleh dimakan begitu sahaja tau!

Selain serunding daging, Tuan/Puan juga boleh cuba serunding ayam dan serunding ikan. Kepelbagaian jenis serunding ini dapat memberikan beraneka pilihan kepada si pemakan, mengikut selera masing-masing. Kalau Tuan/Puan teringin nak makan serunding, boleh juga kalau nak masak sendiri … Tapi kalau nak senang, dapatkan terus daripada HajiWan Serunding. Settle segala masalah!

Bagaimana Cara Nak Buat Serunding Daging Di Rumah?

Cara membuat serunding daging yang paling sedap ini tidaklah complicated, tapi tidak dinafikan bahawa ia memerlukan tahap kesabaran yang tinggi. Hal ini dikatakan demikian kerana, masa yang lama adalah diperlukan untuk menyiat daging dan memasak. Jika Tuan/Puan nak cuba memasak serunding sendiri, jom Admin HajiWan beritahu bahan-bahan beserta resipinya!

Resipi Serunding Daging

Bahan-bahan:

  • 1kg daging lembu
  • 30 tangkai cili kering
  • 8 biji bawang merah kecil
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 cm lengkuas
  • 2 cm halia
  • dua batang serai
  • 1/2 cawan biji ketumbar
  • 1/2 cawan jintan manis
  • 2 keping gula melaka
  • 1 kotak kecil santan pekat
  • Air asam jawa
  • 2 sudu besar kerisik
  • 1/4 cawan minyak masak

Penyediaan bahan-bahan:

  • Potong daging lembu secara melintang urat, setebal 2 inci. Kemudian, bilas dan toskan.
  • Potong cili kering, buang biji dan rebus.

Langkah-langkah Penyediaan:

  • Rebuskan daging sehingga empuk selama 1 jam 30 minit sehingga 2 jam. Angkat dan biarkan daging sejuk. Kemudian, siat atau carikkan daging menjadi cebisan halus.
  • Sangai biji ketumbar dan jintan manis sehingga wangi. Kemudian, kisar kering bahan-bahan ini.
  • Kisar cili kering yang telah kembang, lengkuas, halia, serai, bawang merah dan bawang putih dengan sedikit air, sehingga lumat.
  • Panaskan kuali dengan api sederhana dan tuangkan minyak masak.
  • Tumiskan bahan kisar sehingga pecah minyak.
  • Masukkan ketumbar dan jintan manis kisar ke dalam kuali dan tumis sehingga wangi.
  • Masukkan air rebusan daging, santan, air asam jawa, gula melaka, garam dan kerisik. Masak hingga terbit minyak.
  • Kemudian, kecilkan api dan masukkan daging lembu yang dicarik tadi, dan gaul sebati. Daging perlu dikacau tanpa henti untuk elakkan daging daripada hangus. Jika ada gumpalan, carikkan menggunakan garfu.
  • Setelah serunding benar-benar kering, angkat dan biarkan sejuk sebentar.
  • Untuk simpan, masukkan serunding ke dalam bekas kedap udara dan disimpan pada suhu bilik.

Jadi, macam mana resipi serunding daging paling sedap yang Admin HajiWan kongsikan ini? Menarik, kan? Seperti yang Admin HajiWan katakan sebelum ini, ia memang mengambil masa yang agak lama dan memerlukan sebaik ketelitian dalam menghasilkan serunding daging yang berkualiti dan paling sedap. Bagi yang ingin mencuba, selamat mencuba ya!

HajiWan Serunding Padu | Serunding Daging Paling Sedap

Selepas membaca resepi serunding daging yang Admin HajiWan kongsikan di atas tadi, mesti ramai yang mula rasa tak sanggup untuk buat sendiri kan? Hahaha, Admin HajiWan faham … Tapi jangan risau, sebab Admin HajiWan ada penyelesaiannya!

Tuan/Puan boleh dapatkan sahaja serunding daging paling sedap di HajiWan Serunding. Inilah tempat yang paling tepat untuk anda dapatkan serunding yang sedap, segar dan original. HajiWan Serunding adalah pengusaha dan pembekal serunding yang bertapak di Kampung Laut, Tumpat, Kelantan.

HajiWan Serunding ini telah berada di pasaran sejak tahun 2016 sehingga kini. Perniagaan serunding ini sangat mendapat sambutan dan berjaya memikat hati para pelanggan. Serunding juga dihasilkan menggunakan resipi turun-temurun yang sangat berbeza dengan serunding lain.

Pengusaha dan pembekal HajiWan Serunding, iaitu Wan Abdullah Wan Salleh, atau lebih dikenali sebagai Haji Wan, bukan sahaja mengeluarkan serunding daging paling sedap tau! Beliau juga turut keluarkan serunding ayam dan serunding ikan. Andai ada rezeki anda, berkemungkinan dapat mencuba serunding kambing juga! Tuan/Puan tinggal pilih sahaja nak yang mana satu, mengikut citarasa masing-masing. Kalau nak grab semua jenis pun boleh…

Jom Dapatkan Serunding Daging Paling Sedap HajiWan!

  • Serunding Daging Paling Sedap

Tuan/Puan masih ragu-ragu nak beli? Mari Admin HajiWan jelaskan kenapa anda perlu dapatkan serunding daging paling sedap daripada HajiWan Serunding segera. Antara sebabnya ialah:

  1. Serunding boleh dijadikan lauk kering ready to eat
    • Admin faham, pasti ada ibu-ibu busy yang tak sempat nak masak di luar sana kan? Jadi, anak-anak boleh makan serunding HajiWan dengan roti terlebih dahulu, sementara ibu-ibu busy attend benda lain.
    • Kalau penat balik kerja, sekali sekala masak je bubur dan makan dengan serunding. Sedap juga!
  2. Produk tahan lama
    • Tuan/Puan tak perlu risau serunding rosak atau busuk, sebab serunding daripada HajiWan sememangnya berkualiti dan tahan lama.
    • Tidak perlu masuk peti ais dan hanya perlu disimpan di tempat kering dengan suhu bilik.
  3. Diperbuat daripada bahan segar
    • Bahan yang digunakan untuk membuat serunding HajiWan adalah segar, halal dan berkualiti.
    • Kualiti bahan adalah penting bagi mendapatkan serunding yang tahan lama dan bermutu tinggi.
  4. Packaging selamat
    • HajiWan Serunding turut menggunakan botol plastik untuk membungkus serunding agar senang disimpan dan tidak mudah terdedah.

Testimoni Serunding HajiWan

Nak tahu apa pendapat pelanggan HajiWan Serunding? Jom dengarkan feedback daripada salah seorang pelanggan Admin Hajiwan ni. Video ini khas untuk para pelajar di luar sana.

Sumber: Youtube

Terliur tak tu? Jika ya, jom segera hubungi HajiWan Serunding di talian 013-330 8552 untuk sebarang pembelian ataupun memborong! Juga, anda boleh layari laman Facebook HajiWan untuk dapatkan maklumat lebih lanjut.

Tuan/Puan juga boleh mencuba merasai kesedapan serunding tester secara PERCUMA di website HajiWan Serunding, sebelum membuat sebarang pembelian. Apa tunggu lagi? Jom dapatkan serunding daging paling sedap dari HajiWan Serunding hari ini juga!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top