Serunding Daging Terus dari Kilang

Serunding Daging Terus dari Kilang

Membeli produk bumiputera bukan sahaja membantu negara menjana pendapatan, malahan meningkatkan peluang pekerjaan kepada masyarakat tempatan. Oleh hal yang demikian, HajiWan Serunding yang merupakan pengusaha serunding daging terus dari kilang telah membuka peluang pekerjaan, khususnya kepada masyarakat tempatan bagi membela nasib mereka.

Admin HajiWan amat berbesar hati untuk mengulas dengan lebih lanjut mengenai keistimewaan dan cara untuk menjadi pemborong serunding daging bagi jenama HajiWan ini. Teruskan membaca perkongsian ini!

Pengusaha Serunding Daging Terus dari Kilang

Untuk pengetahuan tuan puan, serunding daging HajiWan ini dihasilkan oleh sebuah kilang yang terletak di Kampung Laut, Tumpat, Kelantan. Oleh hal yang demikian, serunding ini amat dikenali sebagai serunding Kampung Laut.

Serunding Kampung Laut ini didatangi dalam tiga jenis protein yang bermutu, iaitu serunding ikan, ayam, dan daging. Tambahan pula, serunding HajiWan ini merupakan produk Muslim keluaran bumiputera yang telah diusahakan oleh Tuan Haji Wan Abdullah bin Wan Salleh.

Serunding daging yang telah melepasi tiga generasi ini sedang mengukuhkan lagi perniagaannya dengan membuka peluang pekerjaan kepada tuan puan untuk dilantik sebagai ejen dan pemborong.

Kenapa Perlu Sokong Produk Buatan Malaysia?

Umum mengetahui bahawa barangan buatan Malaysia merupakan produk yang mengandungi 51 peratus kandungan bahan tempatan serta dikilangkan di Malaysia.

Produk tempatan menawarkan harga yang lebih berpatutan dan setanding dengan piawaian antarabangsa yang telah ditetapkan. Justeru, rakyat Malaysia perlu menyokong produk bumiputera agar dapat membantu meningkatkan ekonomi negara.

Selain daripada membantu meningkatkan pendapatan negara, terdapat banyak lagi sebab perlunya mengutamakan produk tempatan. Antaranya adalah seperti berikut:

1. Mengurangkan Jurang Ekonomi antara Kaum | Serunding Daging Terus dari Kilang

Sebagai rakyat Malaysia yang majoritinya adalah dalam kalangan masyarakat Melayu dan Islam, sewajarnya kita menyokong produk bumiputera. Hal ini dikatakan demikian kerana, kebanyakan produk bumiputera dimiliki oleh Industri Kecil dan Sederhana (IKS) yang rata-ratanya diusahakan oleh kaum Melayu yang beragama Islam.

Sehubungan dengan itu, langkah ini dapat merapatkan jurang ekonomi antara kaum yang ketinggalan di belakang masyarakat Cina dan India. Selain daripada menyokong produk buatan bumiputera dengan membeli, menjadi pemborong juga berperanan penting dalam membantu ekonomi masyarakat.

2. Menghapuskan Sistem Monopoli bagi Syarikat Besar | Serunding Daging Terus dari Kilang

Pengguna dan syarikat kecil seperti IKS akan terkesan dengan ketidakadilan dalam perniagaan, terutama apabila syarikat besar yang memonopoli perniagaan. Hal ini dikatakan demikian kerana, syarikat besar akan mengenakan harga yang tinggi kepada pengguna.

Manakala, syarikat kecil akan didiamkan dan tidak mampu bersaing dengan syarikat besar kerana syarikat besar mempunyai segala kelebihan dan kemampuan dalam perniagaan. Oleh hal yang demikian, tindakan yang paling efektif adalah dengan mengutamakan barangan bumiputera. Secara tidak langsung, ia akan mewujudkan suasana yang kompetitif antara syarikat besar dengan syarikat kecil.

3. Kualiti Produk Muslim/Bumiputera Meningkat

Kempen peduli dengan produk bumiputera, sudah pastinya sedikit sebanyak dapat membantu meningkatkan keuntungan syarikat kecil. Sehubungan dengan itu, mereka dapat melabur dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D) untuk meningkatkan kualiti produk mereka.

Serunding Daging Terus dari Kilang

4. Membantu Pengusaha Industri Kecil dan Sederhana | Serunding Daging Terus dari Kilang

Kebiasaannya, pengusaha IKS memasarkan produknya di kedai-kedai runcit serta kawasan yang terpencil. Hal ini dikatakan demikian kerana, produk IKS sukar menembusi pasaran berskala besar.

Oleh hal yang demikian, dengan adanya sokongan daripada pembeli dengan mengutamakan produk buatan bumiputera, secara tidak langsung dapat membantu mereka meningkatkan promosi dan jualan dalam pelbagai platform.

5. Membuka Peluang Perniagaan kepada Peniaga Kecil dan Sederhana

Sudah pasti menjadi satu kebimbangan bagi rakyat biasa yang baharu dalam perniagaan dan ingin memulakan perniagaan. Hal ini dikatakan demikian kerana, mereka terpaksa bersaing dengan syarikat besar yang mempunyai kelengkapan dalam dunia perniagaan.

Namun, dengan adanya sokongan daripada kerajaan dan masyarakat, pengusaha perniagaan kecil dan sederhana mampu meluaskan perniagaan. Secara tidak langsung, hal ini memberikan peluang kepada para pengusaha kecil dan sederhana untuk terus berkembang dalam dunia perniagaan.

Oleh hal yang demikian, tuan puan yang berminat ingin menjadi ejen dan pemborong bagi serunding daging HajiWan boleh layari blog ini bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut. Banyak keistimewaan yang tuan puan akan peroleh sekiranya menjadi pemborong kepada HajiWan. Boleh Whatsapp Haji Wan disini

Testimoni HajiWan

Serunding daging terus dari kilang yang diusahakan oleh HajiWan sememangnya menjadi pilihan ramai! Mari tonton video kempen membeli barangan buatan bumiputera seperti di bawah:

Segera hubungi HajiWan Serunding di talian 013-330 8552 untuk menjadi pemborong atau boleh layari laman Facebook untuk dapatkan maklumat lebih lanjut.

Jom jana pendapatan yang lumayan dengan menjadi pemborong dan pembekal serunding daging terus dari kilang!

Tuan/Puan juga boleh mencuba merasai kesedapan serunding tester secara PERCUMA di website HajiWan Serunding, sebelum membuat sebarang pembelian. Apa tunggu lagi? Jom dapatkan serunding ayam Kampung Laut HajiWan hari ini juga!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top